Sunday, 19 June 2016

Task 3a : Apakah CIS7 2014 atau QLASSIC? Fokus kepada bahagian Annexes (A sehingga E), terutamanya Annex B: Quality Standards for Architectural Works



Task 3a : Apakah CIS7 2014 atau QLASSIC? Fokus kepada bahagian Annexes (A sehingga E), terutamanya Annex B: Quality Standards for Architectural Works
Quality Assessment System in Construction (QLASSIC) ialah satu sistem atau cara untuk mengukur dan menilai kualiti kerja-kerja pembinaan bangungan berlandaskan "Construction Industry Standard" (CIS 7:2006). 

QLASSIC  juga memastikan kualiti mutu kerja dalam perlaksanaan projek pembinaan tercapai secara objektif melalui sistem permarkahan.

   Objektif QLASSIC adalah :
·         Untuk menanda aras kualiti mutu kerja dalam bidang industri pembinaan.
·         Untuk mewujudkan suatu sistem taksiran kualiti standard bagi kualiti mutu kerja pembinaan. 
·         Untuk menilai kualiti mutu kerja projek pembinaan berdasarkkan standard yang diluluskan. 
·         Untuk digunakan sebagai kriteria bagi menilai prestasi kontraktor berdasarkan kualiti mutu kerja. 
·         Untuk menyusun data bagi analisis statistik


             Bagaimana cara Penilaian QLASSIC ?

  • Mengukur kecondongan Pemasangan Mozek dibahagian porch kereta untuk memastikan air hujan yang terpias dapat mengalir bebas terus kedalam longkang. Jika dinilai melalui aspek Qlassic Sekiranya tidak terdapat kecondongan maka ianya dikira gagal dan perlu diperbaiki.

  • Menilai keseragaman pemasangan bata hiasan untuk melihat sekiranya terdapat ruang yang masih terbuka. Sekiranya terdapat “gap” pada bahagian itu ianya akan menyebabkan kecacatan pada bahagian dinding dan seterusnya menyebabkan markah penilaian Qlassic akan berkurangan.

  • Memeriksa proses ikatan bata untuk memastikan pemasangan itu sempurna tanpa ada “hollow” atau lubang yang terbuka. Hal ini bertujuan untuk memastikan ikatan bata itu kemas dan selamat untuk diduduki oleh penghuni.

  • Menilai pemasangan pintu dari segi keadaan kayu dan proses mengecat. Sekiranya berlaku sebarang kecacatan pada bahagian itu, ianya perlu ditukar atau dibaiki dengan segera.
  •  

Sumber : https://mahligaiidaman.com/2016/02/17/penilaian-qlassic/


Definisi Annexes A, B, C, D, E.   

Annexes terbahagi kepada lima bahagian : 

Annexes A (Quality Standards for Structural Works) merujuk kepada kualiti mengenai bangunan dari pelbagai sudut seperti keadaan konkrit, simen, saiz besi dan sebagainya.

Annexes B (Quality Standards for Architectural Works) pula ialah mengenai keadaan bangunan sama ada merujuk kepada spesifikasi yang telah ditetapkan oleh senibina. Antara perkara yang dinilai ialah keadaan jubin lantai, cat di bahagian pintu, dinding, atap dan lain-lain. Penilaian ini dilakukan dengan sangat terperinci bagi memastikan keadaan bangunan dalam keadaan baik dan sempurna. Penilaian ini dijalankan selepas suatu projek telah siap sepenuhnya dan telah memperoleh Certificate of Practical Completion (CPC) tetapi belum diserahkan kepada pemilik projek. Bilangan sampel ditentukan berdasarkan kepada Gross Floor Area (GFA) bagi suatu bangunan. Bilangan maksimum dan minimum untuk sampel juga ditetapkan. Senarai semak penuh boleh didapati di link ini : https://www.bca.gov.sg/Professionals/IQUAS/others/ar21.pdf

Annexes C (Quality Standards for M&E Works) ialah berkenaan dengan keadaan bangunan dari segi mekanikal dan elektrik. Penilaian dilakukan bagi memastikan peralatan mekanikal dan elektrik berada dalam keadaan baik seperti tingkap, kipas, lampu, pintu, penghawa dingin dan semua yang berkaitan. Hal ini adalah bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin dan peralatan boleh digunakan dengan baik.

Annexes D (Quality Standards for External Works) pula lebih tertumpu kepada hasil kerja yang berada di bahagian luar bangunan seperti kolam, pintu pagar, taman dan sebagainya. 

Akhir sekali ialah Annexes E (Defect Groups for Assessment of Architectural Works). Annexes E merujuk kepada keseluruhan bahagian bangunan dan menyemak serta membaik pulih kecacatan yang terdapat pada bangunan.



No comments:

Post a Comment