1. HPK 1: Mendalami industri perumahan negara & apek psikologi pembeli rumah (Individu)
Task 1a (Individu): Rumah bertanah/bertingkat?
Task 1b (Individu): Sewa/beli?
Task 1c (Individu): Refleksi (200 words): daripada syarahan profesor - Psikologi pembeli rumah.
-Apabila sudah tamat belajar di UKM, saya nak beli rumah ke ATAU nak sewa rumah dulu?
Perancangan saya, saya akan melakukan kedua-duanya sekali gus. Menyewa sambil membeli. Pada peringkat awal, saya akan membeli rumah berstrata/bertingkat sebagai aset kemudian saya akan menyewakannya kepada orang lain. Menyewa pula, saya akan menyewa sebuah bilik ataupun menyewa sebuah rumah bersama - sama rakan rakan saya. Pada peringkat permulaan, cara ini mungkin sukar kerana memerlukan saya berkorban daripada membeli kenderaan dan sebagainya. Namun, bagi saya ianya membuahkan hasil yang berbaloi.
Sebagai seorang graduan yang baru habis belajar, saya pasti akan mengalami masalah kewangan sejurus tamat belajar. Rancangan saya,sejurus sahaja saya mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar pendahuluan rumah. Saya akan membeli rumah berstrata/bertingkat di kawasan yang strategik iaitu berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam dan pasaraya.
Rumah yang saya beli akan disewakan kepada para pelajar atau pekerja dengan kemudahan yang mencukupi seperti katil, peti ais dan sebagainya. Sama seperti konsep "Homestay". Cara ini lebih mudah dan praktikal untuk saya menjana wang bagi membayar ansuran bulanan rumah tersebut. Jika tiada penyewa, rumah itu boleh saya sewakan menjadi "Homestay".
Jika rumah pertama yang saya beli membuahkan hasil. Mungkin saya akan membeli rumah bertingkat yang lain dengan menggunakan modus operandi iaitu beli dan sewa. Sehingga kewangan dan karier saya sudah stabil, barulah saya membeli rumah teres sebagai tempat tinggal tetap bersama keluarga. Rumah yang dibeli sebelum ini akan disewakan ataupun dijual untuk mendapat keuntungan seterusnya membeli rumah lain.
-Yang mana satu pilihan anda, rumah bertanah (teres, semi-D, etc) ATAU rumah berstrata/bertingkat (apartment, kondominium, etc)?
Bagi saya, ianya bergantung kepada keadaan keluarga saya dan lokasi saya tinggal. Jika kami sekeluarga tinggal di bandar, kemungkinan besar saya akan membeli rumah bertingkat disebabkan kos rumah bertanah lebih mahal lebih 2 kali ganda berbanding rumah bertingkat di kawasan bandar dan persaingan untuk memiliki rumah bertanah di kawasan bandar juga sengit. Tambahan lagi, kebanyakkan rumah bertingkat seperti apartment dan kondominium menyediakan kawalan keselamatan yang ketat serta kemudahan yang lain seperti kolam renang dan sebagainya.
Mengambil kira faktor keselamatan di kawasan bandar yang semakin hari semakin membimbangkan menyebabkan saya memilih rumah bertingkat. Isu keluasan dan besar rumah mungkin menjadi masalah. Namun, pada zaman ini, kebanyakkan pemaju perumahan telahpun menyediakan rumah bertingkat yang besar sesuai dengan kehendak keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai.
Di samping itu, rumah bertingkat sering dikatakan tidak mempunyai tanah untuk berkebun dan sebagainya. Di zaman millennium ini, pertanian urban telah pun menjadi satu ikutan di mana rumah bertingkat juga boleh melakukan aktiviti penanaman sayur, bunga dan sebagainya.
Selain itu, jika saya berpindah ke rumah teres, rumah bertingkat tersebut boleh dijadikan rumah sewa atau aset berikutan permintaan untuk mendiami kawasan bandar adalah tinggi dan harga rumah mungkin meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu, pelaburan membeli rumah bertingkat ini adalah pelaburan yang berbaloi.
TEORI ABC
Refleksi saya daripada talk Prof Khaidir yang bertajuk “Psikologi Pembeli Rumah” ialah bermula dengan C yang merupakan “Cognitive”. Ianya ialah pengetahuan mengenai rumah tersebut selepas mengadakan beberapa tinjauan mengenai rumah idaman daripada syarikat perumahan yang membuka “booth” di pasaraya mahupun karnival karnival perumahan. Ini bertujuan untuk mencari maklumat dan memberi gambaran serta idea yang lebij sesuai mengenai rumah idaman yang hendak dibeli berdasarkan kemampuan dan keinginan individu tersebut.
Seterusnya ialah A iaitu “Affection”. A ialah perasaan ingin membeli atau memiliki rumah tersebut selepas mengadakan tinjauan dan mencari maklumat mengenai rumah tersebut. Pada peringkat awal, proses “A” akan dipengaruhi oleh proses “C” kerana berkemungkinan bakal pembeli akan tertarik kepada beberapa buah rumah tetapi berdasarkan pengetahuan dan idea serta bajet pembeli, pembeli akan mengenal pasti rumah manakah yang lebih sesuai.
Akhir sekali ialah “B” iaitu “Behaviour”. Proses ini ialah tingkah laku pembeli untuk membeli sesebuah rumah. Proses ini dipengaruhi oleh proses “A” dan “C”. Seperti pengiraan mudah. A + C = B. Langkah ini akan dijalankan selepas pembeli sudah mengenal pasti rumah manakah yang ingin dibeli. Proses ini rumit kerana pembeli perlu membuat pilihan yang bijak ketika memilih rumah idaman. Jika tidak, pembeli akan menanggung kerugian untuk jangka masa yang lama. Proses ini memerlukan pengetahuan dan perancangan yang teliti berdasarkan pengetahuan dan idea yang ada. Pembeli perlulah sedar akan risiko membeli sesebuah rumah sama ada rumah itu tidak menepati cita rasa pembeli, rumah itu tidak terletak di tempat yang strategik untuk pembeli tinggal ataupun harga rumah itu tidak standing dengan harga pasaran rumah.
No comments:
Post a Comment